(HDR WIDAD KATERING)

Assalamualaikum w.b.t..Hdr Widad Gemilang telah didaftarkan pada 9 Januari,1996. Syarikat bermula dengan perniagaan menjual barang-barang runcit di Kolej 9, Universiti Malaya. Kemudian, pada tahun 2000 syarikat telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang pembekalan makanan bermasak Islam.
Hdr Widad Katering telah mula mengorak langkah dengan mendapatkan tender membekalkan makanan bermasak Islam di kantin Sekolah Kebangsaan Bangsar selama 5tahun, mulai dari tahun 2000 hingga tahun 2004.
Pada 1 Februari 2005 Syarikat Hdr Widad Gemilang mendapat tawaran membekalkan makanan di Kantin Jabatan Pelajaran Selangor(JPS) hingga tahun 2007 dan dapat menyambung tender tersebut untuk tahun berikutnya. Sehingga kini, syarikat kami masih lagi membekalkan makanan bermasak di JPS.
Sekarang, syarikat sedang beroperasi di gerai No.28 ,Kompleks PKNS, Shah Alam( telah berpindah ke gerai no 10) atas alasan pihak PKNS sedang membaik pulih tempat tersebut. Kami menjadikan gerai tersebut sebagai tempat untuk penyediakan makanan sahaja.
Hdr Widad Katering juga telah mendapat banyak tempahan untuk membekalkan makanan di pejabat-pejabat kerajaan,swasta disekitar Shah Alam. Sebagai contoh, kami telah membekalkan makanan kepada syarikat Commerce Dot Com yang bertempat di Petaling Jaya ( dahulunya di seksyen 9 ) selama 3 tahun hingga kini. Kami juga membekalkan jamuan2 mesyuarat di jabatan kerajaan yang lain seperti Zakat Selangor, MAIS, Kementerian Kemajuan Luar Bandar, MIDA, UITM, Universiti Malaya, Hospital Putra Jaya, sekolah-sekolah sekitar Shah Alam dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, kami juga ada membekalkan makanan pada aktiviti kuliah agama yang diadakan di Cybersecurity .
Di samping itu juga kami sentiasa menerima tempahan menyediakan makanan terutama bagi pihak individu seperti untuk kenduri doa selamat, kenduri tahlil, majlis bertunang, dan sebagainya. Kami juga ada membekalkan makanan pada bulan Ramadhan, serta di kuliah-kuliah subuh dan kuliah-kuliah maghrib yang diadakan di surau yang berhampiran. Dan setakat ini kami sudah menerima beberapa tempahan untuk majlis perkahwinan pada bulan Jun nanti, insyaALLAH. Untuk pengetahuan, setiap tempahan kenduri kahwin , kami akan menyediakan “taste food” percuma kepada pelanggan sebelum sebarang tempahan dibuat.
Hdr Widad Katering berdaftar dgn Kementerian Kewangan di bawah Syarikat
HDR WIDAD GEMILANG
Sebarang bayaran boleh dibuat atas nama:
HDR WIDAD GEMILANG
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan hubungi :
Pn.Rusilah Bt Md Som: 019-3572101
En. Hassan Din Bin Ibrahim: 019-3457159
Atau lawat kami di :
No 13, JLN SELASIH U12/27A , SEKSYEN U12 ,TAMAN CAHAYA ALAM, 40170 SHAH ALAM, SELANGOR D.E
